Wednesday, February 3, 2016

Harga barang tak turun, pengguna perlu bertindak



Pengguna hari ini perlu bijak memainkan peranan masing 'memerangi' peniaga-peniaga yang tetap mengambil kesempatan serta tidak menurunkan harga barang dengan pelbagai alasan meskipun harga minyak telah mengalami beberapa kali penurunan.

Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, pengguna perlu bertanggungjawab terhadap diri sendiri bukan menyerahkan semua perkara kepada kerajaan.
"Ini (harga minyak turun tapi harga barang tak turun) perangai biasa yang saya rasa kita sebagai pengguna perlu ambil tindakan. Tindakan paling wajar ialah jangan beli dari kedai-kedai yang berterus-terusan meletakkan harga tinggi.

"Kita 'complaint' harga barang naik, harga barang tak turun-turun tapi kita terus menerus beli dari kedai sama. Ini orang kata, cakap tidak serupa bikin.

"Kita berhenti daripada membeli dari kedai itu. Ini akan memaksa peniaga menurunkan harga. Kalau kita terus beli juga tapi masih 'complaint', tak ada gunanya," katanya kepada Sinar Online.
Menurutnya, penurunan harga minyak mentah dunia merupakan berita baik untuk pengguna namun tidak baik untuk kerajaan kerana kerajaan memerlukan pendapatan melalui penjualan minyak.
"Cuma saya tidak rasa ia akan memberi kesan serta merta kepada harga barangan. Mungkin mengambil masa (untuk turun harga barang).

"Pada waktu sama, kebanyakan peniaga kita ini tidak bersaing semata-mata berdasarkan harga, mungkin tidak ramailah yang menurunkan harga apabila harga minyak turun," katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mengibaratkan para peniaga seperti kucing yang hanya tahu memanjat pokok namun tidak boleh turun sendiri.
"Kucing kalau ada pokok kelapa, dipanjat walau setinggi mana pun tapi nak turun tak boleh.
"Tak jauh lah peniaga kita dengan kucing, pandai naik (harga) tapi tak pandai turun (harga). Minyak dah turun banyak kali tapi harga barang begitu juga," katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa pengguna perlu bijak membuat keputusan dengan berurusan di kedai yang menawarkan harga lebih rendah.
"Tapi pengguna ini nak juga beli dari tempat yang mahal. Jadi, tanggunglah sendiri," katanya.
Turut senada, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, ada sesetengah pengguna yang bersikap tidak kisah hingga memudahkan peniaga mengambil kesempatan.

"Sepatutnya, apabila harga minyak turun, harga sebahagian barang yang dinaikkan sebelum ini disebabkan harga minyak naik perlu mengalami penurunan. Jadi, kita kena 'ajar' supaya peniaga ini sedar dan tidak mengambil kesempatan.
"Ada pengguna anggap buat aduan tapi tiada tindakan. Saya menyeru agar pengguna lebih peka terhadap perkara ini kerana aduan yang kita buat menjadi panduan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," katanya.

Sumber : Sinar Harian

Perkara Lucu Ini Membuatkan Anda Bahagia Bila Ada Anak Kecil




Dulu masa anak kita berusia bawah setahun, tentu kita rasa tak sabar hendak tengok dia pandai berjalan, berlari, bercakap dan bermain.

Comel sangat rasanya! Memang keletah si kecil sangat comel dan boleh buat hidup ibu dan ayah sangat bahagia. Syukur sangat kepada Allah yang mengurniakan insan kecil paling comel di dunia ini kepada kita.

Ada sahaja keletah mereka yang akan buat kita tak kering gusi. Tetapi dalam masa yang sama ada juga ragam mereka yang mencabar kesabaran kita sebagai orang tua. Jangan cepat marah ibu dan ayah! Mungkin ramai bersetuju beberapa perkara ini sering dilakukan oleh si comel. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran mereka menjadi seorang anak yang bijak.


1. Pen marker tak akan menjadi di atas kertas

Puaslah anda menyediakan kertas atau buku untuk diconteng tetapi si comel tetap memilih meja, sofa atau dinding ibu untuk melakarkan hasil seninya. Ini memang boleh membuatkan ibu atau ayah 'naik angin'.
Tetapi dengan muka comel yang mereka tunjukkan, tak sampai hati pula hendak marah.

2. Sekiranya anda tidak tahu bunyi haiwan, buat sahaja...

Bila ada anak kecil bermakna anda kena tahu bermacam jenis bunyi haiwan. Kalau tiba-tiba anda jadi 'blur' macam mana bunyi haiwan tertentu, buat sahaja bunyi lucu. Yang pastii si kecil mesti ketawa keriangan.

3. Jika anak menghulurkan telefon, anda mesti berlakon menjawabnya

Perasan tak yang si kecil gemar bermain dengan telefon. Lepas itu mereka akan meniru gaya anda bercakap di telefon. Jadi, bila-bila masa dia menghulurkan telefon kepada anda, jangan abaikan mereka. Sebaliknya anda pun mesti berlakon sedang menjawab panggilan darinya. Sebenarnya dia hendak bermain dengan anda. Jika ada tindakbalas daripada ibu atau ayah, mereka berasa sangat gembira.

4. Perhatikan apa yang anda cakap

Si kecil meniru apa yang ibu dan ayah buat atau cakap. Oleh itu berhati-hati dengan apa yang anda lakukan dan cakapkan.

5. Mereka selalu berbuat 'bohong' atas nama anda

Jangan mudah terpedaya dengan kebijaksanaan anak anda. Memang kelakar tetapi kadang kala mereka sengaja tak mahu tunjukkan kebijaksanaan tersebut di depan orang lain walaupun depan anda dia sudah membuktikannya.

6. Makanan yang mereka paling suka hari ini tak semestinya akan disukai hari esok!

Seronoknya ibu bila tengok anak berselera makan makanan yang disediakan. Tetapi awas! Tidak bermakna esok pun dia masih gemarkan menu yang sama. Mungkin keesokkan hari dia akan menolak hidangan tersebut.

7. Kalau mereka tiba-tiba diam sahaja...mesti ada sesuatu yang sedang dilakukan

Jangan seronok sangat kalau tiba-tiba si kecil senyap sahaja di rumah. Rajin-rajin jenguk apa yang sedang dilakukan. Mungkin ada 'projek' besar sedang disiapkan.



Sumber: PAMA

Wednesday, January 27, 2016

Kalau Anak Diserang Chickenpox? Apa perlu buat?



Assalamualaikum & Hai.

Kalau tengok gambo kat atas tu mesti dah tau kan. Chickenpox la apa lagi. Hah..kene la sekali seorang atleast dalam hidup kita. 

Munculnya bintik-bintik kemerahan pada badan anak disertai dengan suhu badan yang panas secara tiba-tiba mungkin menandakan anak anda terkena chickenpox atau jangkitan cacar air.

Datangnya secara tiba-tiba tanpa sebarang 'salam'. Mula-mula hanya ada sebiji bintik merah di mana-mana bahagian badan anak anda.

Suhu badan anak juga secara tiba-tiba naik ke paras 38 darjah selsius menandakan dia diserang demam.

Masuk hari kedua atau ketiga, bintik merah mula semakin 'meriah' di seluruh badan anak. Kemudian bintik merah itu akan menjadi lepuh air.

Memang sah anak anda diserang chickenpox!

Kalau ini pengalaman pertama anak anda diserang chickenpox, baik anda baca tip ini sehingga habis untuk mengetahui apa yang patut dilakukan.

1. Segera berjumpa doktor

Mula-mula sekali jika anda mengesyaki anak mungkin diserang chickenpox, segera bawa dia berjumpa doktor untuk pengesahan dan mendapatkan rawatan.

2. Bagi anak minum air kelapa

Ini petua orang tua-tua yang sangat berkesan untuk merawat chickenpox. Air kelapa bagus diminum ketika awal terkena chickenpox kerana ia dikatakan membantu mengeluarkan chickenpox tersebut ke seluruh badan. Air kelapa juga bagus dibuat mandi oleh pesakit chickenpox.

3. Kuarantin anak daripada pengasuh/nurseri

Anak anda memang wajib kena kuarantin. Jika tinggal di rumah pengasuh atau nurseri, ia bermakna anda tidak boleh menghantar anak sepanjang dia tidak sihat. Chickenpox mudah berjangkit. Nanti ada ibu bapa lain yang akan menjeling jika anda terus menghantar anak ke nurseri atau rumah pengasuh.

4. Bergilir jaga anak

Inilah masanya ibu dan ayah perlu berkorban. Banyak kerja di pejabat? Ia bukan alasan jika anak kenachickenpox terutama jika anda tiada pembantu rumah. Anda berdua perlu bergilir-gilir mengambil cuti untuk menjaga anak di rumah. Kalau banyak kerja pejabat, boleh sahaja buat dari rumah. Asalkan ada internet di rumah, tiada masalah!

5. Sapu losyen calamine

Doktor akan membekalkan anda losyen calamine. Mesti sapu losyen ini dengan kerap pada badan anak untuk mengurangkan kegatalan. Kalau petua orang lama dulu, menyarankan pesakit chickenpox tidur beralaskan daun semambu. Kini dengan losyen calamine, tak perlu guna lagi mencari daun tersebut. Dengan losyen calamine, rawatan lebih mudah dan cepat.

6.Ambil paracetamol kanak-kanak

Pastikan anda ada termometer untuk memantau suhu badan anak. Jika badannya panas, ambil sirap paracetamol kanak-kanak untuk mengurangkan demam yang boleh mencecah suhu sehingga 39 darjah selsius.


7.Pakaikan lampin sahaja

Jika anak anda masih memakai lampin pakai buang, biarkan dia hanya berlampin sahaja sepanjang di rumah. Ini bagi mengelakkan badannya cepat berpeluh jika anda memakaikan dia pakaian. Badan yang berpeluh dan panas akan menyebabkan anak mudah gatal.

8.Minum banyak air masak

Anak anda mungkin tiada selera makan. Bagi memastikan dia tidak mengalami dehidrasi, bagi anak minum banyak air serta makanan berbentuk cecair seperti sup, jus buah atau yogurt.

9. Kerapkan sesi penyusuan susu ibu

Bayi berusia enam bulan ke bawah tidak boleh diberi makanan lain selain susu ibu. Tetapi ibu yang menyusukan anak boleh minum atau makan makanan yang berkhasiat. Jadi, kerapkan penyusuan susu ibu kerana susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak. Begitu juga jika anak anda masih menyusu susu ibu walaupun dia sudah mula makan makanan pejal.

10. Banyak bersabar

Anak anda akan banyak merengek, menangis dan meragam. Jangan cepat hilang sabar dan marahkannya. Dia terlalu kecil untuk menahan kesakitan yang dialami. Jika orang tua yang kena chickenpox pun boleh merintih kesakitan, apatah lagi anak kecil yang tidak faham apa-apa lagi. Layanlah kerenah dan kemahuannya, banyakkan memeluk dan memberi perhatian kepada anak.

11. Elak makanan laut

Jangan bagi anak makan makanan laut selagi dia belum sembuh daripada chickenpox. Begitu juga bagi ibu yang menyusukan anak. Elak makan makanan laut.

12. Vitamin E hilangan parut

Selepas anak sembuh daripada chickenpox, ia akan meninggalkan kesan parut di badan anak. Tentu anda susah hati melihat parut tersebut. Anda boleh cuba menggunakan kapsul Vitamin E dengan cara mengeluarkan cairan kapsul itu dan lumurkan pada parut anak anda.Minyak tea tree juga dikatakan boleh membantu menghilangkan parut.  

13. Banyakkan berdoa

Sebagai seorang muslim, doa adalah senjata ampuh paling mujarab apabila menghadapi musibah. Selain berusaha dengan rawatan moden dan tradisional, jangan lupa banyakkan berdoa memohon kepada Yang Maha Esa kerana dialah sebaik-baik Penyembuh.

Antara doa yang boleh diamalkan iaitu membaca Surah Al-Fatihah, Selawat Syifa' dan Surah Al-Hasyr ayat 21-24 (ayat bermula dengan "Lau an zalna"). Semoga Allah memakbulkan doa hamba-Nya untuk kesembuhan penyakit.


Semoga sharing ini bermanfaat ye.


Sumber dari : Majalah PAMA

BR1M 2016 Dah Mula Masuk

Assalamualaikum & Morning.

Di dalam cabaran hidup ni, apa je peluang yang terhidang jangan segan untuk disambut.

Dengar cite BR1M bagi tahun 2016 dah mula masuk pada hari ini. Alhamdulillah and thank you.




Saya pun dapat tau..hehe.



Kepada yang masih belum dapat atau mungkin status permohonan masih lagi dalam proses atau tidak berjaya, bolehlah hubungi pihak berwajib untuk keterangan lanjut seperti berikut:


Website BR1M
https://ebr1m.hasil.gov.my/

Hotline BR1M MOF 
:
03-8882 4565 /
03-8882 4566

Hotline BR1M LHDNM : 
1-800-88-2716eMel : 
br1m@treasury.gov.my
Faksimili BR1M MOF : 
03-8882 3933
Sekretariat BR1M :
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Sekian Terima Kasih