Wednesday, February 3, 2016

Perkara Lucu Ini Membuatkan Anda Bahagia Bila Ada Anak Kecil




Dulu masa anak kita berusia bawah setahun, tentu kita rasa tak sabar hendak tengok dia pandai berjalan, berlari, bercakap dan bermain.

Comel sangat rasanya! Memang keletah si kecil sangat comel dan boleh buat hidup ibu dan ayah sangat bahagia. Syukur sangat kepada Allah yang mengurniakan insan kecil paling comel di dunia ini kepada kita.

Ada sahaja keletah mereka yang akan buat kita tak kering gusi. Tetapi dalam masa yang sama ada juga ragam mereka yang mencabar kesabaran kita sebagai orang tua. Jangan cepat marah ibu dan ayah! Mungkin ramai bersetuju beberapa perkara ini sering dilakukan oleh si comel. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran mereka menjadi seorang anak yang bijak.


1. Pen marker tak akan menjadi di atas kertas

Puaslah anda menyediakan kertas atau buku untuk diconteng tetapi si comel tetap memilih meja, sofa atau dinding ibu untuk melakarkan hasil seninya. Ini memang boleh membuatkan ibu atau ayah 'naik angin'.
Tetapi dengan muka comel yang mereka tunjukkan, tak sampai hati pula hendak marah.

2. Sekiranya anda tidak tahu bunyi haiwan, buat sahaja...

Bila ada anak kecil bermakna anda kena tahu bermacam jenis bunyi haiwan. Kalau tiba-tiba anda jadi 'blur' macam mana bunyi haiwan tertentu, buat sahaja bunyi lucu. Yang pastii si kecil mesti ketawa keriangan.

3. Jika anak menghulurkan telefon, anda mesti berlakon menjawabnya

Perasan tak yang si kecil gemar bermain dengan telefon. Lepas itu mereka akan meniru gaya anda bercakap di telefon. Jadi, bila-bila masa dia menghulurkan telefon kepada anda, jangan abaikan mereka. Sebaliknya anda pun mesti berlakon sedang menjawab panggilan darinya. Sebenarnya dia hendak bermain dengan anda. Jika ada tindakbalas daripada ibu atau ayah, mereka berasa sangat gembira.

4. Perhatikan apa yang anda cakap

Si kecil meniru apa yang ibu dan ayah buat atau cakap. Oleh itu berhati-hati dengan apa yang anda lakukan dan cakapkan.

5. Mereka selalu berbuat 'bohong' atas nama anda

Jangan mudah terpedaya dengan kebijaksanaan anak anda. Memang kelakar tetapi kadang kala mereka sengaja tak mahu tunjukkan kebijaksanaan tersebut di depan orang lain walaupun depan anda dia sudah membuktikannya.

6. Makanan yang mereka paling suka hari ini tak semestinya akan disukai hari esok!

Seronoknya ibu bila tengok anak berselera makan makanan yang disediakan. Tetapi awas! Tidak bermakna esok pun dia masih gemarkan menu yang sama. Mungkin keesokkan hari dia akan menolak hidangan tersebut.

7. Kalau mereka tiba-tiba diam sahaja...mesti ada sesuatu yang sedang dilakukan

Jangan seronok sangat kalau tiba-tiba si kecil senyap sahaja di rumah. Rajin-rajin jenguk apa yang sedang dilakukan. Mungkin ada 'projek' besar sedang disiapkan.



Sumber: PAMA

No comments:

Post a Comment